Friday, March 25, 2011

cintaku


Ya Allah
suamiku sayang padaku
alangkah kejamnya jika cintanya kutolak
hanya kerana ianya tidak sempurna
aku jua jauh dari suci
punah deritaku hanya dengan senyumnya
hangat dadaku hanya dengan menyentuhnya
syurga terbina hanya dengan redhonya
kuciumnya dari hujung kaki
ke hujung rambutnya
penuhkan hatiku dengan kemaafan
penuhkan hatiku dengan kecintaan
agar cintanya kuterima seadanya
tangannya kusambut dengan ramah
senyumku mencairkan deritanya

jantungku


Ya Allah
jadikanlah anak-anakku yang bersih jiwa
terselamat dari segala keburukan akhlakku
segala yang mereka lakukan
mereka lakukan tanpa benci
walau aku bukanlah ibu yang baik
mereka tetap menyayangiku
bagaikan aku ini bidadari
setiap senyuman mereka ikhlas
jelingan mereka penuh kasih
namun aku hanya mampu melihat
dengan sayu
oh anak-anakku
engkaulah jiwa dan ragaku
hanya ALLAH yang tahu
aku amat menyayangimu

Munajat


Ya Allah
aku tidak mahu berburuk sangka dengan-Mu
maka jauhkan aku dari buruk sangka
aku keletihan berusaha menimba ilmu
jangan Kau biarkan jiwaku yang lemah ini
diseludupi oleh syaitan laknatullah
aku hanya perlukan tidur yang lena
walau sebentar untukku lepaskan lelah
tubuhku yang lesu
kerana cuba berjihad pada jalan-Mu
dekatkan aku pada-Mu
aku terasa ingin benar melakukan maksiat
yang boleh menenangkan jiwaku dengan cepat
tapi aku tidak mahu jauh dari-Mu
walaupun enak melayan nafsu
namun aku rasa tak berkat di penghujungnya
cukuplah aku dengan-Mu
Tuhanku Tuahanku Tuhanku